Facebook
My pRoFiLe


Pergi Nya Seorang Sahabat (AL-FATIHAH)

12.2.11


Pergi Nya Seorang Sahabat (Al- Fatihah)



Muhammad Adhwa B. Jamali ( Wawa )
23 Tahun.
Arwah telah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Mahameru (susur jalan Syed Putra/jalan Istana) pada 4 Februari 2011 hari Jumaat lebih kurang jam 5 pagi.
Arwah menaiki sebuah motorsikal dan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspress.
Arwah dalam perjalanan untuk menemui rakannya.
Mungkin sudah sampai ajalnya, motor yg ditunggangnya merempuh belakang sebuah bas ekspress.
Bas itu dikatakan dalam perjalanan dari Sg Petani, Kedah menuju ke Bukit Jalil.
Arwah meninggal di tempat kejadian.

Arwah merupakan seorang sahabat yang baik dan memahami. Dia mempunyai sifat yang sangat penyabar. Dia memang seorang sahabat yang boleh dipercayai dan boleh diharap. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat "kami" sahabat2nya yang lain. Terasa amat rindu dengan watak dan gerak gerinya. Rindu dengan gurauan, hilai tawa dan perbualannya.. Tetapi ini semua adalah kehendak dan takdir dari Nya, Allah SWT. Dialah yang Maha berhak keatas apa yang diciptakanNya.

Oh sahabat, mudah mudahan engkau dilimpahi rahmat oleh-Nya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Semoga engkau tergolong dalam golongon orang2 yang beriman. Moga engkau aman dan damai di sana.
Amin.

Al - Fatihah


JALAN MAHAMERU
SUSUR JALAN SYED PUTRA/JALAN ISTANA
KUALA LUMPUR
04/FEBRUARI/2011
05:00 A.M.

LAGI KEMALANGAN MEMBABITKAN BAS EKSPRESS.
KALI INI MOTORSIKAL YANG MEREMPUH BELAKANGNYA
 BAGAIMANAPUN, DARI APA YANG DAPAT DILIHAT, BAS EKSPRESS INI
  BERKEMUNGKINAN MENGALAMI SINDROM 'KEKELIRUAN LORONG' 
  MENYEBABKAN ORANG LAIN YANG MENJADI MANGSA.

MANGSA, MUHAMMAD ADHWA JAMALI, 23 TAHUN, DARI JALAN PANTAI DALAM,  MAUT DI TEMPAT KEJADIAN.

BAS INI DALAM PERJALANAN DARI SG PETANI, KEDAH MENUJU KE BUKIT JALIL,  MEMBAWA 22 ORANG PENUMPANG
KEDUDUKAN BAS PULA DILIHAT SEPERTI BARU MEMASUKI LALUAN KE JALAN SYED PUTRA, SETELAH BEGITU HAMPIR KE SUSUR TURUN.

MOTORSIKAL TERPEROSOK DI BELAKANG BAS DI BAHAGIAN KANAN, DAN MANGSA MENGALAMI KECEDERAAN PARAH DI KEPALA.
MENGIKUT LAZIMNYA, UNTUK KE BUKIT JALIL, PEMANDU HARUS MELALUI   JALAN MAHAMERU INI DAN TERUS MELALUI JALAN ISTANA, DAN BUKAN TURUN 
  KE SUSUR JALAN SYED PUTRA YANG AKAN MELALUI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN.

By : © AdamSerizawa87 ™





1 Maklum Balas:

Post a Comment

Tengs.. >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...