Facebook
My pRoFiLe


Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Aamir Khan Jarang Mandi

18.1.11
AAMIR bakal muncul menerusi filem sulung arahan isterinya, Kiran yang berjudul, Dhobi Ghat.

AAMIR KHAN JARANG MANDI!!

KEDENGARAN agak pelik tetapi memang benar aktor terkenal Bollywood, Aamir Khan sebenarnya jarang mandi. Malah, itulah satu-satunya sikap Aamir yang tidak disukai oleh isterinya yang juga merupakan seorang pengarah dan penerbit filem Kiran Rao.

"Satu-satunya perkara yang saya tidak suka tentang Aamir adalah dia jarang mandi.

"Percayalah, dia tidak mandi dengan kerap," akui isterinya tentang habit suaminya itu.

Menyedari tabiat buruknya itu didedahkan, Aamir cuba berdalih dengan mengatakan: "Saya mandi setiap kali keluar rumah untuk bekerja.

"Saya cuma tidak mandi jika saya tidak keluar rumah atau dalam percutian."

Filem lakonan terbaru Aamir hasil arahan pertama isterinya yang berjudul Dhobi Ghat bakal ditayangkan di India bermula 21 Januari ini.

:::: Bace Sambungan Entri...~
____________________________________________________________________




Fakta Lawak

17.1.11

FAKTA LAWAK



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


:::: Bace Sambungan Entri...~
____________________________________________________________________




Oh coca-cola

25.12.10

Anda mesti suka minum air bergas seperti coca cola...Brrrrrrrr!!! Sedap kan? Tahukah anda kandungan gula dalam coca cola yang tinggi dan berapa jumlahnya? Galicariduit ingin membawakan anda sedikit tentang fakta pelik tapi benar ini.
Berikut ialah fakta yang pelik tentang jumlah gula dalam coca coal. Di label minuman ada menyatakansebanyak 39 gram gula dalam minuman tu. Dapatkah anda bayangkan kandungan gula sebanyak itu hanya dengan membaca saja? Lihatlah gambar di atas.

Ada berapa banyak kiub gula dalam setiap jenis pack minuman itu. Kandungannya sama banyak jumlah dari makanan ringan yang anda ambil seperti nek, sos, biskut, kek, buah-buahan lain. Anda boleh ke website sugarstacks.com and untuk melihat berapa banyak jumlah gula yang telah kita ambil.

http://galicariduit.blogspot.com/2010/02/fakta-pelik-tapi-benar-tentang-gula.html
:::: Bace Sambungan Entri...~
____________________________________________________________________




Pelik Tapi Benar

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga. 

http://wardah1406.blogspot.com/2009/10/fakta-pelik-tapi-benar.html 
:::: Bace Sambungan Entri...~
____________________________________________________________________




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...